Bukit Mertajam, Penang

Maker Uno IoT with ESP8266 Module and Blynk Apps – 2. Software Setup (BM)

Kemaskini pada 12 Februari 2018


INTRODUCTION

Macam mana? Ada sesiapa yang sudah cuba buat persediaan hardware tak? Kalau dah selesai dibahagian hardware, jom kita ke persediaan software pula.

Untuk bahagian software, kita akan gunakan aplikasi Blynk. Apa itu Blynk? Blynk adalah satu platform dengan aplikasi iOS dan Android untuk mengawal Arduino melalui internet. Ia adalah satu papan pemuka (dashboard) digital dimana anda boleh membina antara muka grafik (graphic interface) untuk projek anda dengan menggunakan konsep “drag and drop”.

Blynk memang direka untuk tujuan Internet of Things. Ia boleh mengawal hardware dari jauh, memaparkan data, menyimpan data dan banyak lagi.

Ada 3 komponen utama pada platfrom Blynk:

  • Blynk App – membolehkan anda untuk membuat antara muka yang menarik dengan menggunakan pelbagai jenis widget yang disediakan.
  • Blynk Server – bertanggungjawab terhadap semua komunikasi diantara smartphone dan Arduino.
  • Blynk Libraries – membantu pengguna membina kod aplikasi pada hardware (Arduino) dengan mudah.


BLYNK APP

Kita akan teruskan dengan aplikasi Blynk pada smartphone dahulu. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk install dan daftar aplikasi Blynk.

1. Install aplikasi Blynk di Play Store untuk pengguna Android atau App Store bagi pengguna iOS.

2. Buka aplikasi Blynk. Pilih Create New Account jika anda pengguna baru.

3. Masukkan email dan password. Pastikan email tersebut masih aktif dan boleh diakses.

4. Tekan Cool! Got it.

5. Pilih + New Project.

6. Masukkan nama projek (contoh Maker Uno IoT). Kemudian pilih Arduino Uno dibahagian Choose Device dan WiFi di bahagian Connection Type. Jika anda tak suka skrin gelap, anda boleh tukar pada tema terang. Sudai selesai, tekan Create.

7. Auth Token sudah di hantar ke email anda. Auth token ini penting untuk membolehkan Blynk menghubungkan smartphone dan hardware anda. Buka email anda, dan cek auth token ini. Pada smartphone, tekan OK.

8. Persediaan aplikasi Blynk sudah siap. Seterusnya, kita perlu install libraries Blynk pada Arduino pula.


BLYNK LIBRARIES (ARDUINO)

Kami ada buat video cara install libraries Arduino sebelum ini. Kebetulan pula contoh itu dibuat untuk install libraries Blynk, jadi bolehlah digunakan sebagai rujukan.

3 cara untuk install library Arduino.

Antara kelebihan Arduino IDE adalah cara mendapatkan dan menggunakan library nya yang user-friendly. 😎👍🏻Jadi untuk video yang berdurasi 4 minit 40 saat ini, kami akan kongsikan 3 cara untuk install library Arduino ke dalam Arduino IDE. Harap ianya membantu. 😊Product link: http://bit.ly/ARDUINOCYTRON

Posted by Cytron Technologies Sdn Bhd on Wednesday, 15 November 2017

Berikut adalah ringkasan daripada video diatas:
1. Buka Arduino IDE. Pastikan laptop anda mempunyai sambungan internet.
2. Klik pada SketchInclude LibraryManage Libraries… Ada beratus/beribu libraries disini, untuk memudahkan pencarian, tulis “blynk” pada ruangan carian.
3. Klik pada libraries Blynk dan klik Install. Selesai download, klik Close.
4. Berikut adalah link libraries tambahan untuk Blynkhttps://github.com/vshymanskyy/BlynkESP8266. Sila rujuk video untuk cara install.
5. Selesai install libraries Blynk dan libraries tambahan, buka example ESP8266_Shield (File – Examples – Blynk – Boards_WiFi).
6. Ada beberapa line yang perlu anda edit.

Line 41: char auth[] = "YourAuthToken";
Gantikan YourAuthToken dengan kod auth token anda.

Line 45: char ssid[] = "YourNetworkName";
Gantikan YourNetworkName dengan nama WiFi/Hotspot yang anda ingin sambungkan.

Line 46: char pass[] = "YourPassword";
Gantikan YourPassword dengan kata laluan WiFi/Hotspot yang anda ingin sambungkan.

Line 49: #define EspSerial Serial1
Maker Uno/Arduino Uno tiada Serial1, jadi line ini tidak boleh digunakan. Sila komen line ini.

Line 52: Buang komen pada line ini.
Line 53: //SoftwareSerial EspSerial(2, 3); // RX, TX
Buang komen pada line ini. Gantikan pin 2, 3 kepada 3, 4. Pastikan sama dengan sambungan di hardware.

Line 56: #define ESP8266_BAUD 115200
Ingat lagi tak kita dah rendahkan baudrate modul ESP8266 dari 115200bps ke 9600bps? Ok jadi tukar 115200 kepada 9600.

7. Selesai edit, klik Upload. Pastikan board dan port dipilih betul.

Contoh kod selepas edit.


THANK YOU

Ok selesai persediaan software. Selepas ini kita akan cuba buat beberapa projek IoT ringkas menggunakan Maker Uno, modul ESP8266 dan aplikasi Blynk. Terima kasih dan teruskan setia bersama kami. 🙂

Nota: Kami jarang periksa komen di post ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ke teknikal forum kami di forum.cytron.io. Terima kasih.

Related Posts

Comments (2)

Mohd Faisal Farhan

Assalamualaikum, mohon penjelasan, perlukah kita flash AT Firmware ESP8266 WiFi Module?.

ABU BAKAR BIN YAHYA

Assalamualaikum. Jika saya guna Cytron Shield-ESP-WIFI Rev 2.0, perlukah tukar baudrate ke 9600?

Leave a comment