[BM]Arduino VS Raspberry Pi- Perbezaan Asas Diantara Arduino dan Raspberry Pi

Bagi pengguna baru dalam bidang elektronik programming, kami yakin anda mengalami sedikit kekeliruan dan mempunyai banyak pertanyaan mengenai perbezaan antara Arduino dan Raspberry Pi. Jadi untuk tutorial kali ini, kita akan membincangkan tentang perbezaan asas kedua-dua board ini.

Arduino UNO

Raspberry Pi 3

Berikut adalah spesifikasi ringkas untuk kedua-dua board ini:

Arduino Uno adalah starter kit microcontroller yang paling popular, dilengkapi dengan chip 8-bit ATmega328P, kelajuan crystal 16MHz, 32Kb flash memori, 2Kb SRAM, 20 GPIO, 6 analog input dan beroperasi pada voltan 5V.

Raspberry Pi 3 juga adalah board pengawal paling popular tetapi untuk kategori mini komputer. Ia hadir dengan chip pemprosesan Broadcom BCM2837, 1.2GHz ARM cortex A53 empat teras, memori 1G, 4 port USB, 1 port ethernet, 26 GPIO dan beroperasi pada voltan 3.3V.

Perbezaan antara Raspberry Pi dan Arduino Uno
Secara umum, kedua-duanya adalah board pengawal cuma berbeza dari segi cara operasi. Berikut adalah perbezaan antara Raspberry Pi dan Arduino Uno :

Raspberry Pi adalah sebuah mini komputer dan pastinya komputer memerlukan OS (operating system*) untuk beroperasi. Sebagai contoh komputer/laptop menggunakan OS Windows, atau mungkin MacOS bagi pengguna Macbook. OS rasmi untuk Raspberry Pi adalah Raspbian yang berasaskan OS Linux. Raspberry Pi lebih sesuai untuk projek komputer sains seperti web, server, video game, GUI dan mampu melaksanakan tugasan yang lebih kompleks seperti image processing.

Arduino pula adalah kit untuk menggalakkan pelajar mempelajari asas elektronik programming. Programming yang dimaksudkan disini adalah firmware iaitu kod yang ditulis untuk mengawal litar elektronik, bukan software seperti IT/web. Arduino lebih sesuai untuk projek-projek elektronik yang tidak memerlukan tugasan kompleks.

Berdasarkan daripada penerangan ringkas di atas, kira sesuailah tujuan penciptaan kedua-dua board ini. Raspberry Pi adalah untuk mempromosi sains komputer dan Arduino lebih kepada menarik minat kearah mempelajari elektronik programming.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau cadangan, sila tinggalkan komen dibawah. Terima kasih.

VIDEO

,

Related Post

Getting Started with IR Distance Click

ESPresso Lite V2 with AT Firmware

Super Single Board Computer – Raspberry Pi 3

SoftwareSerial conflicting with Servo interrupt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *