FYP (Final Year Project) Tips for Developing Electronic Hardware – BM

Kemaskini pada 25 September 2017


INTRODUCTION

FYP (Final Year Project) atau Projek Tahun Akhir merupakan tugasan terakhir untuk menterjemahkan ilmu yang kita pelajari dari semester pertama sehingga akhir kepada sesuatu yang praktikal. Ia dianggap sebagai subjek yang paling sukar, perumpamaan seperti kita berhadapan dengan kura-kura kapak berapi jika dalam permainan video game Super Mario Bros. Lebih menyedihkan, jika projek yang akan kita bina tersebut tiada dalam silibus pembelajaran, hanya mendengar kata-kata “pergi belajar sendiri” sebagai pemangkin. Jadi disini kami cuba bantu anda dengan berkongsi kompilasi tip-tip yang kami rasa berguna untuk memulakan projek elektronik.


A. GETTING STARTED WITH MICROCONTROLLER

Memandangkan Arduino merupakan platform paling popular untuk kategori microcontroller, jadi kami senaraikan link untuk mula/cara menggunakan Arduino.
1. Kami dahulukan dengan official Arduino: Getting Started with Arduino and Genuino UNO
2. Ini pula dari Instructables, satu website yang sangat popular untuk DIY. Becky Stern telah menulis tutorial berkenaan Arduino yang kami rasa ianya bagus dan terperinci: ARDUINO CLASS : LESSON 1
3. Malas membaca? Boleh tonton video siri berikut: Arduino Workshop for Beginners

B. GETTING STARTED WITH RASPBERRY PI

Selain microcontroller, mini komputer juga semakin mendapat tempat untuk pembangunan projek-projek elektronik. Pastinya ianya lebih sukar jika dibandingkan dengan Arduino, walaubagaimanapun komuniti Raspberry Pi semakin hari semakin membesar. Jika projek anda menggunakan Raspberry Pi, anda boleh rujuk link di bawah.
1. Kita mulakan dengan link daripada official Raspberry Pi: Raspberry Pi HELP GUIDES…
2. Video penerangan tentang Raspberry Pi daripada Sparkfun:

C. TIPS FOR ETCHING PCB

Walaupun sudah banyak produk/modul yang dijual siap, kami yakin masih banyak projek yang mesti/perlu melalui proses ini. Kami kongsikan 3 video dengan teknik berlainan.
1. Teknik menggunakan film daripada Collin Cunningham: Circuit Skills: Circuit Board Etching, sponsored by Jameco

2. Teknik menggunakan toner transfer (panas) daripada Sylvia Todd: Super Simple Copper Etching — Sylvia’s Mini Maker Show

3. Teknik menggunakan toner transfer (sejuk) daripada SimpleTronic.

D. HOW TO SOLDER

Selepas menghasilkan PCB yang baik, seterusnya kita perlu tahu teknik pematerian yang baik untuk mendapatkan hasil electronic hardware yang baik.
1. Artikel yang bagus daripada Sparkfun: How to Solder: Through-Hole Soldering
2. Video menarik daripada Collin Cunningham: Adafruit Guide To Excellent Soldering

E. ELECTRONIC LESSON

Untuk menerangkan kategori ini, ianya sangatlah luas dan banyak. Jadi anda boleh rujuk video dan link dibawah sebagai permulaan.
1. Video penerangan ringkas berkenaan komponen elektronik daripada bigclivedotcom:

2. Perkongsian secara konsisten daripada Shahrulnizam berkenaan cara interfacing komponen/modul electronik: Shahrulnizam Lesson

F. ELECTRONIC TOOLS GUIDE

Peralatan penguji elektronik seperti multimeter dan oscilloscope sangat penting dalam proses debug dan troubleshooting. Tak tahu guna? Boleh tonton video dibawah.
1. Pengenalan kepada Multimeter.

2. Asas Oscilloscope.


G. TIPS TO BENEFIT FROM BEING A STUDENT


Sebagai seorang pelajar ada banyak kelebihannya, macam tengok wayang murah, beli buku murah, makan di sesetengah tempat pun murah. Kalau kamu juga seorang pelajar, jangan lepaskan peluang ini untuk menyertai Student Benefit ProgramManfaatnya termasuk:

  1. penghantaran percuma selama setahun
  2. Mendapat bantuan untuk memilih barang yang betul bagi projek pelajar. Cuma isi borang ini.
  3. Mendapat info dan promosi yang terkini
  4. Dan banyak lagi….

Jadi jika anda seorang pelajar, tunggu apa lagi? Daftar segera di Student Benefits Program dan nikmati kelebihan-kelebihan yang disediakan! 🙂


H. HOW TO GET YOUR PARTS AT HALF PRICE

Selepas mahir dalam teori, tiba masa untuk membeli part untuk test, buat prototype atau bina projek. Dompet menangis bila sampai tahap ini! Sebab itu, sebagai pelajar, ambilah peluang untuk rebut sebanyak mungkin masa Crazy Sales. Apa Crazy Sales? SEMUA barang akan diturunkan harga separuh daripada harga asal dalam tempoh masa 12jam! Untuk maklumat terkini, sertai event disini. Boleh semak senarai barang highlight sini.

 


THANKS!

Terima kasih kerana membaca post ini, kami harap sedikit sebanyak ia dapat membantu dalam memudahkan urusan Projek Tahun Akhir anda. Pastinya ada banyak lagi link yang boleh dirujuk berbanding dengan apa yang kami kongsikan di post ini. Kami akan update post ini dari masa ke semasa, jika anda ingin kongsikan tip atau jumpa tip yang lebih baik, sila email ke idris@cytron.com.my. Terima kasih. 🙂

, ,

Related Post

Is It Hard to Solder?

Cable tidy from an empty solder wick reel

Tips for lazy Engineer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *